http://design.blogdrive.com/"> ..inilah jalan ku.. « lilsy..
http://home.ripway.com/2004-6/122527/fluid.php">
Tuesday, January 03, 2006
..inilah jalan ku..


bentangkan ku permaidani
dari baldu berwarna putih
moga tak ku terasakan
cubaan yang ku galas ini
kepada Mu titianku
hijrahkanlah diri ini...

~ aris ariwatan

**sigh**


..kebelakangan ini aku sentiasa mengeluh..entah kali ke berapa hari ini aku terduduk dan mengeluh sendirian..memegang kepala sendiri..menutup muka sambil menyabarkan hati..

ada ketikanya airmata ni tak tertahan dari merembes keluar...sebak di hujung kata..entah kenapa..i can,t let it out by words..terlalu byk kata2 yg tak mampu terluah..

sudahnya..menangis lagi..sendiri..

aku letih ..maybe..i,m tired wit my life..i,m so tired to face my day..somehow the conversations nowadays just seem very very weird.. i don't know exactly how to put it in words..missing the silence of my heart..

sibuk dgn urusan persekolahan anak anak..Auzaie di tahun 5 dan Aulia di tadika..beberapa hari lepas, aku sibuk berurusan dgn guru kelas kedua mereka..tentang pembayaran yuran..buku teks yg mesti di beli sendiri olehku tanpa bantuan pinjaman..jua tentang kelas tuisyen untuk setiap mata pelajaran ..i,ve to pay everything my self..tambang bas...tambang van tadika Aulia..nursery..mempastikan segalanya teratur dan lengkap..dan pada hari persekolahan bermula...hanya aku di sana berurusan seorang diri..without hubby

sekilas pandang, wajah aulia dan auzaie kelihatan muram..aku tahu dia mengharapkan daddynya berada di sisi ketika itu..especially aulia..yg sentiasa bertanyakan daddynya..bertanyakan padaku ..

"mama..aulia comel tak? lawa tak tudung aulia ni? mama ambil gambar tunjuk kat daddy tau"

tak tergambar duka di hati ini..

sekadar menyorok rasa hati dgn senyuman di bibir..menemani dia selama sejam sebelum beredar ke sekolah Auzaie pula..menitis airmata di sepanjang perjalanan...telling myself i,ve to be strong..

teringat kata kata seorang teman sekerja kelmarin..menyebabkan terasa sedih dan pedihnya ..

"sejak aku kawen, pos ofis pun aku tak pernah jejak..aku tak tahu pun cara nak settlekan bil, bank apatahlagi, aku tak pernah berurusan sendirian, semua suami aku buat..even shopping barang rumah pun dia lakukan..aku tak pernah tahu beras kat umah masih berbaki ke belum.."

another sigh..

alangkah bertuahnya dia berbanding dgn diri ini..i,m so unlucky woman..

terasa benar bahawa selama ini aku hanya hidup bersendirian..i,ve to do all this kind matter myself...berdikari selagi boleh tanpa sedikitpun menyusahkan si suami..

tak pernah ku suarakan rasa hati ini..ada masa dan ketika i need somebody to be with me..give me support as i cherish too..give his shoulder for my heavy head to rest on.. even only for a while..

*sigh*..

but it was only my daydream kok...daydream-nya orang yang udah bosan dgn hidup barangkali..

tersedar kesekian kalinya, this is my faith..suka atau tidak ..inilah jalan yg ku pilih...my path..my way...berterusan sebegini sehingga entah bila..tak tahu sehingga bila..

setiap yg ku lakukan demi anak anak..rutin itu sudah kulalui sejak dulu..kenapa harus menyesal ya? aku menyesal ke? berdosalah aku kerana menyebutnya di sini..sehingga terdorong jua menyebut kata..

"bosannya hidup ni..capek..letih ..letoy..rasa nak mati jerr"

later on...just slap my mouth..berhenti dari mengungkap kata2 tidak redha pd Qada' dan QadarNya..

**sigh again**

di wisma tadi, aku telah membawa pulang borang yg menawarkan aku ke kursus yg dia adakan di Hosp Penang ..bermula selepas hari raya haji nanti, bermula episod hidupku menjadi pelajar pula..ngeri bila di fikirkan..aku tidak pasti samada aku mampu menambah satu lagi tanggungjawab baru..iaitu bergelumang dgn nota dan buku..sedangkan aku sudah sedia sibuk dgn tugas dan tanggungjawab utk keluarga...juga kerjaya..

aduhh letih bila diingatkan..mampukah aku??

banyak perkara yg aku perlu korbankan..tubuh ini rasa tak tertanggungkan ..letih di wisma..di rumah..di kelas...otak seolah tak berhenti berehat..packed dgn semua hal ..memerah tenaga menyiapkan kerja rumah yg tak pernah selesai..membasuh..melipat baju..memasak...mengelap lantai..melayan anak..mengajar anak menelaah pelajaran..  be a driver utk auzaie ke kelas tuisyen malam..semuanya aku harus lalui sendirian..

..petang tadi, aku tertidur di sofa selepas pulang dari kerja..terlalu letih memaksa diri ini sebak menutup wajah dgn bantal..meluahkan rasa sepuasnya..terlupa akan lunch..terlupa uniform masih terlekat di tubuh..ketinggalan solat zuhur dan asar.....terasa bantal basah dek airmata yg belum kering..

Rabb..ampunilah hambaMu ini..jadikan diri ini insan yg tahu bersyukur dan redha atas segalanya yg Kau limpahkan..Kuatkan Semangat ini Ya Allah..Agar dapat aku seka duka dan luruhnya airmataku ini...

Ya Allah Engkau Yang Maha Pengasih
jika demikian berlikunya cerita hidupku yang Kau siapkan
maka berikanlah aku kekuatan untuk menjalaninya
jernihkanlah pikiranku dan terangilah hatiku
dengan cahaya-Mu yang agung
redakanlah kegelisahan di hatiku
dan benamkanlah diriku dalam lautan ketenteraman kasih sayang-Mu
jangan Kau hilangkan pengamatanku atas diri sendiri
dan lindungilah aku dari bisikan syaitan

Ya Allah Engkau Yang Maha Pemberi
kurniakanlah padaku ketabahan dan keredhaan
sebagaimana Engkau menabahkan utusan-Mu Ayub dalam ujiannya
dan peliharalah aku
sebagaimana Engkau memelihara orang-orang yang Kau kasihi

Ya Allah Engkau Yang Maha Penyayang
ringankanlah perih cubaan-Mu
lapangkanlah jiwaku..
mudahkanlah rintanganku..
dan peliharalah aku dari kekecewaan
meski begitu pahit kebenaran yang Kau hadapkan

Ya Allah Engkau Yang Maha Bijaksana
jika telah Kau ikatkan benang sutra antara hati kami berdua
letakkanlah ia dalam rengkuhanku
eratkanlah ia dalam pelukanku
bukakanlah hatinya dengan kuasa-Mu
dan tunjukkanlah ia jalan-Mu
jalan yang Engkau redhai
menuju kerajaan-Mu yang abadi

Ya Allah Engkau Yang Maha Perkasa
jadikanlah aku sebagai orang yang tak lupa akan diri-Mu
masukkanlah aku dalam golongan orang-orang yang senantiasa pasrah pada takdir-Mu
sesungguhnya dari-Mu kami berasal dan kepada-Mu pula kami akan kembali

Amin






Posted by lilsy at Tuesday, January 03, 2006





Previous Entry Home Next Entry


Suteki da Ne Original Theme Song of Final Fantasy X

Kaze ga yoseta kotoba ni
oyoida kokoro
Kumo ga hakobu ashita ni
hazunda koe

Tsuki ga yureru kagami ni
furueta kokoro
Hoshi ga nagare koboreta
yawarakai namida

Suteki da ne
Futari te wo tori aruketa nara
Iikitai yo
kimi no machi ie ude no naka

Sono mune
karada azuke
yoi ni magire
yumemiru

Kaze wa tomari kotoba wa
yasashii maboroshi
Kumo wa yabure ashita wa
tooku no koe

Tsuki ga nijimu kagami wo
nagareta kokoro
Hoshi ga yurete koboreta
kakusenai namida

Suteki da ne
Futari te wo tori aruketa nara
Ikitai yo
kimi no machi ie ude no naka

Sono kao
sotto furete
asa ni tokeru
yumemiru


Melodies Of Life~ Final Fantasy Theme Soundtrack by Emiko Shiratori

Alone for a while I've been searching through the dark,
For traces of the love you left inside my lonely heart.
To weave by picking up the pieces that remain.
Melodies of Life-Love's lost refrain.
Our paths they did cross, though I cannot say just why,
And who'll hear the echoes of stories never told?
Let them ring out loud till they unfold.
In my dearest memories, I see you reaching out to me.
Though you're gone, I still believe that you can call out my name.
A voice from the past, joining yours and mine.
Adding the layers of harmony.
And so it goes, on and on.
Melodies of life.
To the sky beyond the flying birds-forever and beyond.
So far and away, see the bird as it flies,
Gliding through the shadows of the clouds up in the sky,
I've laid my memories, do you remember loving me?
Leave them now and see what tommorow brings.
In your dearest memories, do you remember loving me?
Was it fate that brought us close and now leaves m
e behind?
A voice from the past, joining yours and mine.
Adding the layers of harmony.
And so it goes, on and on.
Melodies of life.
To the sky beyond the flying birds-forever and beyond.
If should I leave this lonely world behind.
Your voice will still remember our melody.
Now I know we'll carry on.
Melodies of Life.
Come circle round and grow deep in out hearts, as long as we remember.


<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


http://gulf.salmiya.net/songs/al-hosyan/rm/al-hosyan1.rm" width="145" height="30" autostart="TRUE" loop="TRUE" save="FALSE">

FI LAILATEEN MINALLAYALI~MUHAMAD AL HUSAYAN

Fi lailateen minal layali..
Lastu adri ma taraani..
Dzhulmatun taghmuruni ya Rabb..
Al ardhu dhoqats was samaa'..
Wa qalbi ma raffa dhiya'..
Wa tamdzata yabki Ya Ilahi..
Ya Ilahi, ya Ilahi, ya ilahi, ya Ilahi..
'Asoitu wa zanbuka bik..
Wa inni fi huzni aasif..
Muqayyadun bidzanbi ya Rabb..
Fahal yastahiku ya Ilahi `afumujirma..
Mukir bidzdzunubi Ya ilahi..
Ya Ilahi, Ya Ilahi, Ya Ilahi, Ya Ilahi..
Antal ladzi khalaqtani..
Rahimtani wa razaqtani..
Dauman ya Rabbi qad kunta mai'e..
Lakinnani na'aitu ank..
Naseetu ma qad kaana lak..
Wasiltu fi tareeqi ya Ilahi..
Ya Ilahi, Ya Ilahi, Ya Ilahi, Ya Ilahi..
Walyauma ya Rabbi a'ud min zulmatin khalfalhadud..
Falqalbumun kasirun wa tarfi hi aier..
Waanal ghariku fala araa ila siwaka li munkidza..
La manja wa la manja illa anta..

*********

Di suatu malam dari malam-malamku..

Aku tidak tahu apa yang menimpa diriku wahai Tuhan..

Kegelapan memenuhi diriku wahai Tuhan..

Bumi dan Langit dirasakan sempit..

Dan hatiku tidak menjumpai cahaya..

Dan air mataku sentiasa mengalir wahai Tuhanku..

Aku ingkar dan dosa-dosa besar..

Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat..

Dibelenggu oleh dosa-dosa, wahai Tuhan..

Dan adakah layak keampunan buat orang yang berdosa?..

Orang yang sentiasa dalam noda

Wahai Tuhan..Engkau yang menjadikanku..

Mengasihiku dan mengurniakanku rezeki..

Wahai Tuhan.. Engkau selalu bersama-samaku..

Tetapi aku jauh daripadaMu..

Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah..

Dan pada hari ini wahai Tuhan.. aku kembali..

Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama..

Dan hatiku kecewa dan jalanku bingung..

Dan aku telah tenggelam tetapi aku tidak menyedari..

Tiada penyelamat bagiku melainkan Engkau..

Tiada penyelamat dan tiada penyelamat melainkan Engkau..

Wahai Tuhanku.. Wahai Tuhanku...


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


eXTReMe Tracker EXs=screen;EXw=EXs.width;navigator.appName!="Netscape"? EXb=EXs.colorDepth:EXb=EXs.pixelDepth;//--> var EXlogin='kasihku' // Login var EXvsrv='s9' // VServer navigator.javaEnabled()==1?EXjv="y":EXjv="n"; EXd=document;EXw?"":EXw="na";EXb?"":EXb="na"; EXd.write("");//-->
di setiap senja yang sama
di kala itu jua
aku selalu bermimpi..
ingin terbang dengan sekawanan burung
aku dan burung terbang
sama-sama pulang..
dan di setiap senja yang sama
aku menyeka luruhnya airmata..
kerana aku tahu malam kan menjelang
tanpa bintang
tanpa bulan
sendirian..

~..pray for me till i come back..~ reach for me : lilsylenza@yahoo.com

BLOGDRIVE
TEMPLATES
Beyond the sunset

Layout by Marianne
Picture from Stock.XCHNG
eXTReMe Tracker

Blogdrive